Supreme Untuk Newbies

Di pertengahan era 80 an, seorang remaja British yang bosan dengan kerja rutin di kilang Duracell, Sussex seperti biasa menghabiskan cuti hujung minggunya pergi bersiar siar ke kota London.

Di London, dia berjalan menuju ke sebuah kedai pakaian ‘street’ yang baru di buka.

Tidak seperti usha usha kedai baru buka sebelum ni, panorama dan suasana kedai tersebut secara langsung telah memberi inspirasi dan mengilhamkan sesuatu yang besar yang tidak pernah dia terfikir dalam hidupnya.

Begitu lah kenangan yang terlintas di benak James Jebbia usai melihat seorang remaja membelek beberapa t-shirt yang bergantung di satu sudut kedainya di Lafayette Street, New York.

Mengingat kembali perjalanan hidupnya, berpindah dari West Sussex ke kota New York seawal usia 19 tahun demi memulakan hidup baru sangat mencabar. James yang sangat meminati street wear dan sukan skateboard percaya dia akan maju apabila berpindah ke New York.

Ketika di New York, James bertuah apabila bertemu Shawn Stussy, seorang kenalan yang punyai minat yang sama dalam arena street wear. Pada tahun 1990 mereka akhirnya bergabung membuka stand alone store dengan jenama Stussy.

Perjalanan Stussy dengan James sebagai storekeeper sangat baik sehingga lah Shawn Stussy mengambil keputusan meninggalkan Stussy.

Perkembangan yang tidak berapa baik untuk James ini pada awalnya menjadi sebuah mini depresi, namun akhirnya tanpa disangka ia membuka jalan baru kepadanya menuju mercu dunia.

Seperti Dave Grohl yang ditinggal Kurt Cobain,

Grohl tidak tewas, lalu beliau bangkit memberikan kita semua Foo Fighters sebagai ganti.

Berseorangan seperti Grohl, di situlah segala legenda dan legasi bermula untuk James Jebbia. Ingatan ingatan dan semangat yang terasas di kota London beberapa tahun  sebelumnya kembali menguasai ingatan.

*

“USD150”

Remaja tadi membayar dan berlalu pergi bersama sehelai t-shirt edisi baru. Orang semakin ramai memasuki store dan setiap mereka sudah tahu, betapa banyak wang pun yang mereka bawa ke kedai James Jebbia, mereka hanya boleh membeli satu item jualan sahaja untuk setiap pembayaran.

Samada t-shirt, topi, hoodie, jaket dan barangan skate, atau yang yang lain lain cetusan collaborasi berorientasikan pop culture, rock dan hiphop menjadi intipati.

Ibarat menanti tarikh 11.11 Alibaba, begitu lah para pembeli dari seluruh dunia berebut demi mendapat peluang membeli barangan rilisan baru yang semestinya unik pada setiap keluaran, dan mereka berasa bangga menjadi sebahagian daripada jenama air tangan James Jebbia;

SUPREME

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *