Adidas vs Nike

Bukan lagi satu rahsia bagaimana dunia menyaksikan perseteruan dua jenama sukan ini yang dilingkari dengan pelbagai perkara. Adidas dilihat menggerakkan pelbagai strategi secara serius untuk menyingkirkan penguasaan Nike dalam arena peralatan dan pakaian sukan.

Di arena fesyen, Adidas melihatkan kebangkitan yang memberangsangkan akhir-akhir ini dan jelas model Yeezy banyak membantunya.

Namun begitu, Nike masih dilihat mendominasi pasaran dengan menguasai 48 peratus pasaran kasut di Amerika Syarikat, manakala Adidas pula melihatkan kemerosotan 9 peratus pegangan setiap tahun sejak 2011.

Kini Nike menguasai 60 peratus pasaran dalam sukan larian, 90 peratus untuk bola keranjang dan 20 peratus dalam sukan papan selaju.

Bagi membolehkan kita melihat secara lebih baik hal-hal berkaitan persaingan merebut pasaran di antara kedua-dua jenama ini, kita boleh melihat maklumat infografik yang disediakan.

Maklumat ini meneroka pengalaman kedua-dua jenama sejak 15 tahun lalu. Nike ditanda dengan warna merah, manakala Adidas warna biru.

2001 – 2005: Seri 0-0

Segala-galanya kelihatan sama untuk Adidas dan Nike pada awal tahun 2000. Adidas bermula dengan label Y-3 bersama-sama Yohji Yamamoto sebelum menandatangani kontrak bernilai USD160 juta bersama-sama David Beckham.

Nike pula membuat pembelian ke atas jenama Hurley, Converse dan Starter dengan jumlah keseluruhan USD450 juta.

Sebagai maklumat tambahan dalam jangka masa ini, CEO Adidas kini, Herbert Hainer baru dilantik pada 2001, Michael Jordan mengumumkan persaraan pada 2003 dan pengasas bersama Nike, Phil Knight mengumumkan peletakan jawatannya sebagai CEO pada 2004.

2006 – 2010: Plot Mencabar

Tahun 2010 melihatkan kebangkitan Nike secara besar-besaran dalam aspek kewangan. Jumlah hasil jenama ini mencecah USD19 bilion dan sebagai perbandingan Nike menjana lebih banyak wang berbanding keseluruhan negara Honduras.

Nilai pasaran Nike juga meningkat sehingga mencapai USD63.45 bilion. Pencapaian ini meningkatkan keyakinan Nike untuk menghasilkan produk lebih berinovatif dan memberikan rasa luar biasa kepada pengguna.

Adidas pula dalam jangkamasa ini dilihat tertinggal jauh dari sudut kewangan berbanding Nike.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *