ABOUT US

ANSARA KOTA BHARU (ANSARA KB) merupakan Persatuan Bekas Pelajar (Alumni) MRSM Kota Bharu (sekarang dikenali MRSM Pengkalan Chepa) yang ditubuhkan pada Disember 1994 (dahulunya dikenali sebagai PPLM Kota Bharu).

Ia adalah salah satu daripada cawangan ANSARA yang ada di seluruh Malaysia di mana ANSARA (Pusat) adalah persatuan yang berdaftar dengan Registry of Society (RoS) yang diterajui oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

ANSARA KB telah berkembang dengan jayanya di mana pada 2013 ia mempunyai seramai 500 orang ahli berdaftar dan kini mempunyai 1,100 ahli pada 2016.

Ketua Cawangan ANSARA KB ialah Dato’ Kamarul Redzuan bin Mohamed (Batch13) yang telah menerajui ANSARA KB dengan cemerlang sejak 2014 dengan dibantu oleh pasukan EXCO dan AJK yang komited.